Sunday, October 27, 2013

Kerajaan-kerajaan Islam



Salam, setelah hampir 4 tahun menyepi tanpa post baru kini nuursejati.blogspot.com muncul dengan pengisian berkenaan kerajaan-kerajaan Islam yang pernah muncul dan berkuasa pada zaman silam. Antara rujukan berkenaan The New Islamic Dynasties: A Chronological and Genealogical Manual yang dikarang oleh Clifford Edmund Bosworth atau C.E. Bosworth. 

Buku ini amat sesuai untuk pengkajian Sejarah dan Tamadun Islam. Buku ini memaparkan pemerintah-pemerintah (Ruler) dan kerajaan-kerajaan (Dynasties) dari pelbagai pelusuk dan zaman. Buku ini turut menyediakan rujukan berkenaan sesuatu tajuk dan boleh dipercayai. selain itu, buku ini turut menyenaraikan setiap nama pemerintah beserta tahun hijarah dan masihi. Setiap kerajaan yang dipaparkan diikuti dengan seidkit penerangan peristiwa penting yang berlaku melibatkan kerajaan tersebut. 

Buku ini merupakan cetakan terbaru berdasarkan buku lama yang diberi judul The Islamic Dynasties yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1967. Buku keluaran lama hanya memaparkan 82 kerajaan berbanding keluaran baru menyenaraikan 186 kerajaan.

Setiap pengkaji sejarah dan tamadun Islam perlu memiliki buku ini bagi memahami dan menghayati bidang sejarah dan tamadun Islam.