Thursday, March 25, 2010

Sejarah Ketenteraan Islam 11-656H


Tajuk: Sejarah Ketenteraan Islam 11-656H - Prosiding Diskusi Ilmiah Sejarah Islam 11-656H
Penyunting: Ezad Azraai Jamsari & Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari
Tahun Cetak: 2009
Penerbit: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Terbit: Bangi, Selangor
ISBN: 978-983-9368-39-0
Mukasurat: 169
Harga: RM25.00

Buku ini merupakan Prosiding Diskusi Ilmiah Sejarah Islam 11-656H yang diadakan pada 16 Oktober 2009. Diskusi ini diadakan di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM. Diskusi ini menyaksikan 15 siswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (Modul Sejarah) membentangkan hasil kerja mereka dalam sebuah bilik yang mulia iaitu Bilik Majlis. Tidak ramai warga UKM yang mampu berbuat demikian. Namun, para siswa JPATI khususnya modul sejarah dengan penuh keberanian berjaya berbuat demikian. Buku ini memuatkan 9 makalah yang membincangkan Sejarah ketenteraan Islam bermula Zaman Khulafa' al-Rashidin sehingga kejatuhan khilafah 'Abbasiyyah. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik amnya dalam bidang Sejarah Islam dan khususnya bidang sejarah ketenteraan Islam. Islamic military history (sejarah ketenteraan Islam) merupakan bidang kajian tamadun yang baru di Malaysia. Sepanjang pengetahuan saya, di Malaysia hanya seorang ahli akademik yang pakar dalam bidang sejarah ketenteraan Islam ini iaitu Ustaz Ezad Azraai Jamsari, Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM. Antara tajuk dan penulis makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut:

Abu Bakar (r.a.) dan Gerakan al-Riddah oleh SITI ASIAH MAT JUNOH & NABIHAH LIYANA SALAN

Gerakan Perluasan Wilayah Era ‘Umar b. al-Khattab (r.a.) oleh SABILA HUSSIN & NURUL FARHANA JAAFAR

Gerakan Perluasan Wilayah Era ‘Uthman b. ‘Affan (r.a.) oleh SUZILAWATI MOHD ZAIN & NADIA AZMI

Gerakan Ketenteraan Era Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik oleh SURAYAIRWANI SHASUDDIN & NORAISAH HASHIM

Gerakan Ketenteraan Zaman ‘Abbasi: Era Buwayhioleh KHAIRUNNISA AHMAD NORDIN & SITI SYAHAMAH SHAHIDI

Gerakan Ketenteraan Khilafah Umawiyyah di al-Andalus: Era Khalifah ‘Abd al-Rahman al-Nasir li Din Allah oleh SITI NURUL IZZA HASHIM & KHAIRIL AFIQAH MOHAMAD NOR

Perang Sagrajas (1086M), Perang Alarcos (1195M),Perang Las Navas de Tolosa (1212M): Satu Catatan Sejarah oleh NURLIYANA MOHD TALIB, NURUL HUDA AB. GHANI & WAN NUR KHAIRINA WAN ISMAIL

Khalifah ‘Abd al-Malik b. Marwan dan Gerakan Ketenteraan dalam Mengembalikan Kestabilan Kerajaan Umawiyyah oleh MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI, EZAD AZRAAI JAMSARI & NOORSAFUAN CHE NOH

Sejarah Ketenteraan Laut Era Umawi: Satu Pengamatan Sejarah oleh NOORSAFUAN CHE NOH, EZAD AZRAAI JAMSARI & MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI


Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penulis makalah. Semoga kerja-kerja akademik sedemikian diteruskan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment