Monday, March 29, 2010

Sejarah Ketenteraan Islam Afrika dan Andalus


Tajuk: Sejarah Ketenteraan Islam Afrika dan Andalus - Prosiding Diskusi Ilmiah Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika dan Andalus
Penyunting: Ezad Azraai Jamsari, Noorsafuan Che Noh & Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari
Tahun Cetak: 2009
Penerbit: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Terbit: Bangi, Selangor
ISBN: 978-983-9368-34-5
Mukasurat: 265
Harga: RM25.00

Buku ini merupakan Prosiding Diskusi Ilmiah Sastera Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika dan Andalus yang diadakan pada 11 April 2009. Diskusi ini diadakan di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM. Diskusi ini menyaksikan 19 siswa dan siswi Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (Modul Sejarah) membentangkan hasil kerja mereka dalam sebuah bilik yang mulia iaitu Bilik Majlis. Buku ini memuatkan 10 makalah yang membicangkan Sejarah ketenteraan Islam era kegemilangan Islam di bumi Andalus. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik khususnya dalam bidang sejarah Ketenteraan Islam. Antara tajuk dan penulis makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut:

Sejarah Ketenteraan Islam: Gerakan Futuhat Islamiyyah di Afrika Utara oleh Mariam Farhana Md Nasir & Ruzainim Mohd Zelani

Sejarah Ketenteraan Islam Era Futuhat dan Gabenor Umawiyyah di Andalus oleh Siti Salwa Abdul Majid & Humaira Asha’ari

Sejarah Ketenteraan Islam Era Imarah Umawiyyah di Andalus oleh Nurul Adilla Abu Bakar & Khairiah A Rahman

Sejarah Ketenteraan Islam Era Khilafah Umawiyyah di Andalus oleh Mohd Noor Akmal Hashim & Mohammad Insanudin Rajiee

Sejarah Ketenteraan Islam Era Muluk al-Tawa’if di Andalus oleh Mohd Rizdhuan Baharuddin, Mohd Fakhrurazi Noor Zainan & Wan Hamdi Wan Sulaiman

Sejarah Ketenteraan Islam Era al-Murabitun di Afrika Utara dan Andalus oleh Fasihah Abdullah & Siti Solehah @ Zahirah Yahaya

Sejarah Ketenteraan Islam Era al-Muwahhidun di Afrika Utara dan Andalus oleh Muhammad Syafiq A. Aziz & Khairul Asyraf Aripen

Sejarah Ketenteraan Islam Era Nasri di Granada oleh Mohd Irman Mohd Abd Nasir & Mohd Yusrizal Mohd Yunos

Sejarah Ketenteraan Islam Era Marini di al-Maghrib oleh Azliza Hashim & Mariah Mohd Shukri

Ibn al-Khatib (713-776H/1313-1375M) Sejarawan Granada: Satu Kajian Biografi oleh Ezad Azraai Jamsari, Norjayah Rekain, Noorsafuan Che Noh & Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penulis makalah. Semoga kerja-kerja akademik sedemikian diteruskan pada masa hadapan.


1 comment: