Wednesday, April 7, 2010

Prosiding Seminar Penyelidikan Dalam Pengajian Islam ke-4 2007



Tajuk: Prosiding Seminar Penyelidikan Dalam Pengajian Islam ke-4 2007 - PENINGKATAN KUALITI PENYELIDIKAN DALAM PENGAJIAN ISLAM
Penyusun dan Penyelenggara: Zamri Arifin, Ezad Azraai Jamsari,Siti Rugayah Tibek & Anuar Puteh
Tahun Cetak: 2007
Penerbit: FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tempat Terbit: Bangi, Selangor
ISBN: 978-983-2234-41-8
Mukasurat: 693
Harga: RM80.00

Buku ini merupakan Prosiding Diskusi Ilmiah Sejarah Islam 11-656H yang diadakan pada 27-28 Julai 2007 / 12-13 Rejab 1428H, Bilik Senat & Bilik Majlis,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Seminar ini merupakan seminar penyelidikan kali ke-4 bagi fakulti Pengajian Islam. Buku ini memuatkan 50 makalah yang membincangkan segenap aspek dalam pengajian Islam di Malaysia. Seminar ini bukan sahaja dihadiri oleh warga UKM sahaja, malah seminar ini turut dihadiri oleh Universiti tempatan dan antarabangsa.
Antara tajuk dan penulis makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut:

Masalah Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia oleh AB. HALIM MOHAMAD

Persepsi Masyarakat Asli Non-Muslim terhadap Masyarakat Asli Muslim: Kajian di Kg. Mikang, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur oleh ABDUL GHAFAR DON, FARIZA MD. SHAM, ANUAR PUTEH
& AHMAD REDZUWAN MOHD. YUNUS

Pendekatan Sheikh Daud al-Fatani dalam Persoalan Membuktikan Kewujudan Allah (s.w.t.) oleh ABDULL RAHMAN MAHMOOD & MUDASIR ROSDER

Pendekatan Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kepada Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang oleh AHMAD REDZUWAN MOHD. YUNUS

Metode Kompromi: Keutamaan yang Dipinggirkan oleh AMIR FAZLIM YUSOFF

Kajian Motivasi di Kalangan Jurutera Awam Melayu Muslim (JAMM) Profesional Terhadap Bahasa Arab dan Kesannya dalam
Pembangunan Modal Insan oleh ANZARUDDIN AHMAD

Sikap Pesakit Terhadap Solat: Kajian Kes di Hospital Kuala Terengganu oleh BASRI IBRAHIM & BERHANUNDIN ABDULLAH

Pengaruh Dawlah ‘Uthmaniyyah ke atas Masyarakat Melayu Menerusi Penulisan Ulama Melayu oleh ERMY AZZIATY ROZALI

Ketokohan al-Imam Ibn ‘Ashur dalam Bidang Tafsir oleh FADLAN MOHD. OTHMAN

Program Dakwah Remaja: Kajian di Masjid Jamek, Kajang, Selangor oleh FARIZA MD. SHAM

Usuluddin dalam Karya al-Ghazali dan al-Razi oleh IBRAHIM ABU BAKAR

Manhaj Usuli Ibn al-Subki dalam Kitab al-Ibhaj fi Sharh al-Minhaj oleh ISMAIL MAHMOOD & MUHAMMAD ADIB SAMSUDIN

Ejen British di Terengganu: Teori dan Pelaksanaan oleh IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD

Hubungan Islam dan Negara di Indonesia: PerspektifPK Sejahtera (1998-2007) oleh KAMARUDIN SALLEH & FAUDZINAIM BADARUDIN

Haji Abdullah Abbas Nasution: Tokoh Ulama Tafsir Progresif oleh MAZLAN IBRAHIM

Retorik Partikel Waw dalam al-Qur’an dan Pengaruhnya terhadap Penterjemahan Makna al-Qur’an ke Bahasa Melayu oleh MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Kajian Pembangunan Tanah Wakaf di Pulau Pinang oleh MOHD. RIDZUAN AWANG, MOHD. ZAMRO MUDA & EMIE SYLVIANA MOHD. ZAHID

Beberapa Penemuan Baru tentang Ketokohan Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili oleh MOHD. SYUKRI YEOH ABDULLAH

Persepsi Remaja Melayu Islam rerhadap Filem Hiburan Luar di Rangkaian-rangkaian Televisyen Malaysia dan Hubungannya dengan Pembangunan Sahsiah oleh MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH

Komuniti Maya Islam: Satu Kajian terhadap Komuniti Islah-net oleh MUHAMAD FAISAL ASHARI

Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Agama (SRA): Kajian Teroka terhadap Sukatan dan Keberkesanannya di Daerah Sepang, Selangor oleh NIDZAMUDDIN ZAKARIA, ADEL M. ABDULAZIZ & AHMAD KAMEL MOHAMED

Isu-isu Bahasa dan Kesusasteraan Arab dalam Penyelidikan di Peringkat Sarjana Pengajian Islam (1988-2004): Satu Analisis Abstrak oleh NOOR HADAYANTIE ZAKARIA & ZAMRI ARIFIN

Sektor Perdagangan pada Zaman Jahiliyyah oleh NURFARIZAN JAAFAR, EZAD AZRAAI JAMSARI & WAN KAMAL MUJANI

Kesan al-‘Addad dalam Tafsir al-Qur’an oleh NURHASMA MUHAMAD SAAD

Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Agama oleh ROSNI SAMAH

Pengaruh Agama Islam dalam MSS1292 Kitab Tib oleh ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK

Sheikh Muhammad Salim Muhaisin: Satu Biografi oleh SABRI MOHAMAD

Aplikasi Pendekatan Dakwah al-Irshad al-Nafsi Menurut al-Ghazali di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS) oleh SALASIAH HANIN HAMJAH & NOOR SHAKIRAH MAT AKHIR

Islamic Da’wah in Mindanao: The Case of the Moro Islamic Liberation Front oleh SALEM YUNOS LINGASA, BADLIHISHAM MOHD. NASIR & ZULKIPLE ABD. GHANI

Perlindungan Selepas Akad terhadap Pembeli dalam Undang-undang Kontrak Islam oleh SHOFIAN AHMAD

Hubungan Perdagangan Antara Melaka dan Pedagang Arab oleh SITI NORMUSLEHA MOHD. MUSA & WAN KAMAL MUJANI

Pendekatan Dakwah Wanita pada Zaman Nabi Muhammad (s.a.w.) kepada Suami oleh SITI RUGAYAH TIBEK & LIZA ARI

Kitab al-Hikam dalam Pengajian Tasawwuf di Malaysia: Tinjauan Ringkas terhadap Karya Melayu Berasaskan al-Hikam al-‘Ata’iyyah oleh SULAIMAN IBRAHIM

Discourse on Future in Contemporary Thought: An Overview oleh WAN FARIZA ALYATI WAN ZAKARIA

Kemerosotan Sektor Perdagangan Mamluk: Satu Analisis Sejarah oleh WAN KAMAL MUJANI

Peranan dan Sumbangan Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, Kota Bharu, Kelantan oleh WAN MOHD. ARIFF WAN IBRAHIM, EZAD AZRAAI JAMSARI & WAN KAMAL MUJANI

Tarjuman al-Mustafid dan Dominasi al-Jalalayn oleh WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Perakaunan Zakat Perniagaan di Malaysia: Satu Kajian Rintis oleh ZAHRI HAMAT

Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh ZAINI NASOHAH, AMIR HUSIN MOHD. NOR & WAFAA’ YUSUF

Kes-kes Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah Selangor (1999-2004) oleh ZAINI NASOHAH

Jurnal Islamiyyat (1977-2005): Wadah Penyelidikan Ilmu-ilmu Islam Sepanjang 35 Tahun Penubuhan Fakulti Pengajian Islam, UKM oleh ZAMRI ARIFIN & FAUZIANA IBRAHIM

Konsep Jama‘at al-Muslimin: Kajian terhadap Aspek Iltizam dan Ta‘addud oleh ZAWAWI ALI, BADLIHISHAM MOHD. NASIR & ZULKIPLE ABD. GHANI

Konsep ‘Perspektif Islam’: Satu Analisis Disiplin Kesusasteraan oleh ZULKARNAIN MOHAMED

Dakwah Menerusi Medium Kaset dan Video Caker Padat (VCD) oleh ZULKIPLE ABD. GHANI

Unsur Budaya dalam Terjemahan Arab-Melayu oleh MAHERAM AHMAD

Peranan dan Sumbangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Pembangunan Umat Islam Global oleh EZAD AZRAAI JAMSARI, SAFWAN HARIZ MARZUKI
& ADIBAH SULAIMAN

Miftah al-Wird: Terjemahan dan Tahkik oleh SALMAH AHMAD, MOHD. SYUKRI YEOH ABDULLAH, SULAIMAN IBRAHIM & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penulis makalah. Semoga kerja-kerja akademik sedemikian diteruskan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment