Monday, April 5, 2010

PROSIDING SIMPOSIUM TAMADUN ISLAM ABAD PERTENGAHAN II - Politik, Ekonomi, Sosial dan Intelektual Era Andalusi



Tajuk: PROSIDING SIMPOSIUM TAMADUN ISLAM ABAD PERTENGAHAN II - Politik, Ekonomi, Sosial dan Intelektual Era Andalusi
Penyunting: Ezad Azraai Jamsari & Zamri Arifin
Tahun Cetak: 2007
Penerbit: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Terbit: Bangi, Selangor
ISBN: 978-983-9368-28-4
Mukasurat: 340
Harga: RM40.00

Buku ini merupakan Prosiding Diskusi Ilmiah Sejarah Islam 11-656H yang diadakan pada 17 Mac 2007 / 27 Safar 1428H di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Diskusi ini menyaksikan 24 pembentangan dari ahli akademik yang pakar dalam bidang Andalusi. Seperti pembentangan, buku ini memuatkan 24 makalah yang membincangkan segenap aspek tentang andalusi, bermula dari sejarah sehingga kegiatan intelektual. Sepanjang pengetahuan saya buku ini sudah habis di pasaran dan jika ada yang berminat untuk memiliki buku ini boleh menghubungi Ustaz Ezad Azraai Jamsari di JPATI, FPI, UKM. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik amnya dalam bidang kajian Andalus. Antara tajuk dan penulis makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah sebagaimana berikut:

Seni Bina Andalus Di Cordova: Lambang Kemegahan Masyarakat Islam Sejagat oleh ANISAH BAHYAH AHMAD

Abu Hayyan al-Gharnati: Tokoh Bahasa dan Linguistik Kelahiran Cordova oleh ANZARUDDIN AHMAD

Ibn Malik: Tokoh Bahasa Arab Dari Andalus oleh HANNANAH MUKHTAR

Sumbangan Ulama Andalus Dalam Perkembangan Ilmu Falak Pada Abad Pertengahan: Satu Tinjauan Sejarah oleh IBNOR AZLI IBRAHIM & MOHD. SAIFUL ANWAR MOHD. NAWAWI

Ibn Hazm dan Sumbangannya Kepada Heresiografi oleh IBRAHIM ABU BAKAR

Dari Baghdad Ke Cordova: Satu Sorotan Terhadap Ciri dan Keistimewaan Kitab al-Amali Karya Abu ‘Ali al-Qali al-Baghdadi al-Andalusi oleh IDRIS ABDULLAH & MD. NOR ABDULLAH

Pendalilan Kewujudan Tuhan Menurut Musa b. Maymun (Moses Ben Maimonides) (1135-1204M) oleh KAMARUDIN SALLEH

Perkembangan Intelektual Di Andalus dan Pengaruhnya Terhadap Pembentukan Tamadun Eropah oleh KHAIRUNNISA’ KASPIN & FARID MAT ZAIN

Pencapaian Muluk al-Tawa’if Dalam Aspek Politik dan Tamadun Di Andalus: Satu Analisa oleh LAYTH SU‘UD JASIM, EEMAN MUHAMMAD ‘ABBAS & SUHAILA ZAILANI

Pembaharuan Ibn Mada’ al-Qurtubi Dalam Pemikiran Tatabahasa Arab oleh MD. NOR ABDULLAH

Tafsir al-Qurtubi Sebagai Sumber Rujukan Disiplin Ilmu Bahasa Arab oleh MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI & IDRIS ABDULLAH

Penyebaran Islam Di Andalus Menurut Perspektif Dakwah oleh MOHD. SYUKRI YEOH ABDULLAH & ABDUL GHAFAR DON

Keadilan Pemerintahan Islam Terhadap Minoriti Yahudi Di Andalus: Satu Perbandingan Sejarah
MUHAMAD HASRUL ZAKARIAH

Ibn Khafajah dan Puisi Jihad Di Andalus oleh MUHD. ZULKIFLI ISMAIL & ZAMRI ARIFIN

Al-Zahrawi Dalam Sumber Berbahasa Melayu oleh ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK

Perkembangan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492M): Satu Sorotan Sejarah Menurut Sumber-sumber Berbahasa Indonesia oleh SAIFULLAH MOHD. SAWI

Detik Kejatuhan Andalus Dalam Serumpun Puisi: Sorotan Terhadap Puisi Ratapan oleh SALMAH AHMAD

Permulaan dan Perkembangan Keilmuan Di Andalus oleh SITI HARTINI AHMAD SUHAIMI, WAN KAMAL MUJANI & EZAD AZRAAI JAMSARI

Perkembangan dan Pengaruh Sains Astronomi Andalus Ke Atas Perkembangan Sains Astronomi Eropah oleh SULAIMAN ISMAIL

Ibn Hazm al-Andalusi: Satu Analisis Biografi oleh WAN KAMAL MUJANI, NOOR INAYAH YAAKUB, ADIBAH SULAIMAN & EZAD AZRAAI JAMSARI … 221

Al-Zajal: Sebuah Genre Puisi Di Andalus oleh ZAINAL ABIDIN MOHD. DON & ZAMRI ARIFIN

Prosa Rasa’il Di Andalus: Perkembangan dan Sumbangan Pada Kurun Ke-5H oleh ZANARITA ABD. MALIK & ZAMRI ARIFIN

Averroisme: Dari Andalus Ke Paris oleh ZUL’AZMI YAAKOB & AHMAD SUNAWARI LONG

Peranan Intelektual Yahudi Era Andalusi Dalam Pemindahan Khazanah Islam Kepada Tamadun Eropah: Satu Analisis Dari Sudut Disiplin Kesusasteraan oleh ZULKARNAIN MOHAMED

Ahli Tatabahasa Arab Andalus Beraliran Baghdad oleh HAKIM ZAINAL

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penulis makalah. Semoga kerja-kerja akademik sedemikian diteruskan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment